http://www.aniesqatrunada.blogspot.com

JASAD KITA BANGKAI? CUBA KENALI DIRI KITA DULU….

Diri manusia terdiri dari empat unsur iaitu…
JASAD LAHIR,
AKAL,
ROH @ HATI
NAFSU.

1.JASAD LAHIR -
Tiada banyak bezanya secara fizikal atau secara
sainsnya dengan jasad2 makhluk lain di alam haiwan.
Manusia juga perlu makanan, air, oksigen,
juga mengeluarkan
sisa2 buangan sebagai sampingan.
Fizikal manusia
mempunyai fitrah2 asasi lain seperti berkelamin dan
berkeluarga/berkomuniti -saling tak tumpah seperti haiwan.
PERANAN : Bertindak. Berbuat.
Melaksana seperti yang diarahkan.

2.AKAL -
‘Ciptaan’ Allah SWT yg terbatas kemampuannya.
Pengurniaan kemampuan akal ini berbeza2 antara individu.
Manusia menilai akal mengikut skala2 ukuran ciptaan mereka
yg boleh dikira contohnya IQ.
AKAL yg terbatas itu adalah kurniaan Allah SWT yg
membezakan antara manusia dan haiwan.
Dengan akal, manusia mampu menguasai bahasa
dan menakluk dunia.
Manusia tidak berupaya menjadikan akalnya perkasa
melebihi had yang dikurniakan dan diizinkan oleh Allah
SWT kepada seseorang individu itu.
Sehingga ini skala IQ yg dicipta Barat maksimumnya
hanyalah setakat +_200.
PERANAN : Menerima ilmu dan maklumat.
Samada maklumat itu betul atau tidak, bermanfaat
atau tidak, informasi2 itu hanya dikumpulkan sahaja.
Salah satu kelemahan akal itu adalah LUPA.
Jangan lupa, maksud asal perkataan ‘insan’ atau ‘manusia’
adalah LUPA ie dalam bahasa Arabnya ‘nasia’.

3. NAFSU - juga ciptaan Allah.
Nafsu jika tidak dididik dengan hikmah akan liar.
Nafsu adalah ‘the bad force’ dalam diri jika tidak
dikekang dan dijinakkan.
Manusia yang menjadikan nafsu sebagai raja dalam
dirinya adalah sejelek2 manusia di sisi Tuhan.
Syaitan yg merupakan musuh manusia akan masuk
dan menghasut manusia melalui nafsu yg tidak terkawal.
Sifat mazmumah akan dijadikan pintu masuk syaitan
untuk menguasai Ruh manusia. Dengan kata lain,
NAFSU adalah highway bagi syaitan utk menakluk
manusia.
PERANAN : Merangsang dan berkehendak.
Samada kehendak baik atau buruk, halal atau haram,
positif atau negatif.

4. RUH @ HATI - adalah berasal dari Allah SWT.
Ruh mampu menelusuri hal2 ghaib dan menjadi tempat
rebutan untuk diisi wadahnya samada oleh malaikat atau syaitan.
Manusia dinilai oleh Allah pada hatinya.
Pada orang mukmin, Ruh ini boleh menjadi tempat jatuhnya ilham2
dan rasa2 hati. Dari ruhlah datang ketenangan,
Hati manusia tidak dapat diukur dengan skala akal ie IQ dsb.
Orang yg hatinya tawadhuk @ takbur boleh jadi IQnya tinggi @ rendah.
Hati manusia menjadi tempat pandangan Allah SWT.
PERANAN : Semata2 MERASA. Rasa2 itu bagai gelombang yang datang dari
akal, dari fizikal, yang datang dari tindakan nafsu.
Dari keempat2 unsur ini, unsur Roh/ Hati itu ibarat Raja dalam kerajaan diri
manusia.
Apabila Ruh kita berperanan untuk berfikir,
bertafakur,menimbang-nimbang, menimba dan menyimpan ilmu, semasa itu
Ruh kita dipengaruhi AKAL
Apabila Ruh kita berperanan untuk mengajak dan mendorong kita untuk
berbuat dan melakukan sesuatu samada perkara jahat atau baik, samada
perkara ibadat mahupun maksiat, ketika itu Ruh kita dipengaruhi NAFSU.
Ruh gelombang perasaannya dapat merasa sedih, gembira, gementar, takut,
cinta, gerun, rasa hebat, rasa kagum dsb juga dipengaruhi 3 unsur
tadi.
Jika 3 unsur2 lain itu ie akal/fizikal/nafsu itu baik, maka baiklah hati.
& ia akan membangunkan jiwa2 yang baik…
Begitulah sebaliknya..
Untuk menghayati sembahyang, maka haruslah diaplikasikan sepenuhnya
empat unsur2 ini untuk mendapatkan kesan sembahyang itu. ..
HADIRKAN ROHMU….HADIRKAN HATIMU…

0 comments: