http://www.aniesqatrunada.blogspot.com

PELIK TAPI BENAR...

Kejadian yang berlaku di USIM,, yang tertanya-tanya oleh diri sendiri, pemandu bas dan pelajar lain,, mengapa pelajar yang mana kelas pukul 8, tetapi turun untuk mengambil bas juga pukul 8. Bila mana di tanya oleh pensyarah, “kenapa lambat?” di jawabnya bas tidak ada.. Padahal bas sebelum pukul 8, banyak sangat.. manakala bas ada di setiap kolej kediaman pada pukul 8 akan jalan 15 minit selepasnya..

Pelajar yang di temui Asiah Abas berkata, di hatinya memang nak sangat turun awal, TETAPI ada saja masalah dengan diri, contohnya, pakai tudung tidak jadi, sakit perut, dan banyak lagi… TETAPI bila mana masa pensyarah yang garang, contohnya dengan ust. Hamadallah, tidak terjadi pula benda sebegini, tudung tidak jadi pun tidak hirau lagi, yang penting, dapat masuk kuliah…

Terdengar juga rungutan dari pemandu bas.. “kenapalah korang semua ni? Kelas jam 8, pukul 8 juga kamu turun mengambil bas”? lepas tu nak salahkan pemandu bas pulak…

Ada juga pelajar yang berpendapat bahawa pensyarah pun masuk lewat juga,, tetapi aku pernah dengar pensyarah bagitau bahawa dia masuk lewat sikit, untuk memberi peluang pelajar-pelajar bersedia dan mengambil sarapan terlebih dahulu,, betul juga kata pensyarah ni,, tapi, ginilah tabiat dan ragam pelajar USIM..

Terdapat segelintir pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri juga datang lewat ke kuliah.. kenapa pula?? Seorang pelajar yang ditemui, yang mempunyai kenderaan sendiri menjawab persoalan ini dengan mengatakan,, “ saya bangun lewat sikit dari yang lain kerana memberi peluang kepada kawan-kawan yang menggunakan bas untuk mandi dulu.. lagipun saya tunggang motosikal kejap je..” begitulah jawab seorang pelajar..

Jadi, fenomena ini salah siapa?? Tepuk dada, tanya hati.. kepada pelajar-pelajar yang suka mengamalkan sikap ini,, insaflah diri…

9 comments:

sebenarnya situasi cam ni tak dapat dijangka, memang nak mai awal sokmo, tapi entahlah kadang-kadang tak jadi...ana adalah salah seorang dari orang-orang yang selalu datang lambat....

salam. tula sifat dan tabiat pelajar sekarang. da la turun lambat, merungut pula bas tak cukup coz kena berebut2 naik bas.

kan da menyusahkan diri sendiri.

kejarlah masa, bukan masa yang mengejar kita..

=)

alamak aku pun tergolong dari orang yang lewat juga datang kelas...huhu

sudah kebiasaan student bagi alasan memacam kat lecturer. cuba bagi alasan tayar bas tercabut, confirm lecturer percaya

itu la pasal kelas kul 8,kul 8 jgk la trun tambah ktorang yg tinggal jauh ni...bila la agaknya blh berubah.

kena biasa2kan diri datang awal ke kelas,nanti taklah letih sangat ketika nak belajar...

macam2 la sikap manusia ni...

betul2.. ambo sokong demo....
tapi bendo ni banyak berlaku kat pelajar pompuan...

bda ni bkn brlaku kt pelajar perempuan je...plajar laki pun 2 x 5, sama je...