http://www.aniesqatrunada.blogspot.com

Bila Waktu Telah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu


Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhentiTeman sejati tingallah sepi

Read More......

SaLaM MaaL HiJRah 1431 BuaT SeMua...


semOGa sahabat-sahabat seperjuangan lebih tabah dan cekal hadapi tahun baru ini... dan semoga lebih bererti buat kalian semua di tahun baru ini berbanding tahun-tahun lepas... :-)

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

SeLaMaT bErJuanG PaDa SeMua SaHaBaTku SeKaLiaN :-) ‎

Read More......

salam buat semua....


Wahhhh lamo betol ak x update blog ak… agaknya dh sampai kot setahun… ‎hehehe… sekarang ak dah tamat dunia kampus bg degree,,, skrg aku tgh jalani ‎latihan industri bg syart untk m’peroleh ijazah sarjana muda‏ ‏dengan kepujian‏ ‏‎… ‎

Hari ni dah masuk hr ke 5 aku bekerja…. Cni, xlg mcm khdpn ak d kampus… ‎besnyerrr ingt time2 blajo dulu,, huhu skang tdo pun bertilamkan simen...mak oiiiiii,,, nangis ak di ‎buatnya… adui sakitnya belakang ak… dugaan... pah2 plak nyamuk mcm lalat, ‎banyk tol!!!!,,, takut ak di buatnye…‎
‎ ‎
Segalanya alam pembelajaranlah paling bes jk di bndingkn dgn alam pekerjaan… ‎baru ku tahu penatnya abah n ibu bekerja untuk mendidik kami 8 beradik… tma ‎kc MA & ABAH! ‎
Aku x tahu la knp kerje ni mementkn,, x macam belajar… rindunya aku saat alam ‎pembelajaran…


Inginkan mutiara selamilah lautan
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu
Sebenarnya terkandung 1000 kemanisan

Read More......

salam kawan2..
lama btui aku x update blog aku ni... maklumlah cbuk ngan exam... ni aku amik cket pluang,, aku gap paper lame gak ni.. dalam 2minggu beb... di kesempatan 2 aku habiskan belajar memndu... mmm x abes2 belajo memandu sejak awal sem lg... ape tidaknye, leh katekn sebulan sekali aku g... hehehehehe,, aku xtau nk gtau pasl ape tp sebelum exam aku byk program tau... aku gtau cket2 ya... sebelum exam aku n sahabat seperjuanganku g IraQ tau,,, korang percaya x??? mmm terpulangla... kalo korang x percaya, nanti aku tunjukkan gamba aku ngan kanak2 IraQ... hehehe...





ha, korang caye x??? hehe...mmm aku x de ape dh nk gtau... cuma pd kwn2 yg masih lg di ambang exam... teruskan usaha... jia you!!!!


Read More......

kAwAN...




Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !

Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.

Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan

bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun...

sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
bendunglah segala gejala sosial
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir
agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri
rahmat....

Read More......

6,277 calon SPM dapat Gred A

PUTRAJAYA: Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.

Daripada jumlah itu, seramai 1,676 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 892 pada tahun sebelumnya.

Ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata 181,416 atau 46.7 peratus calon lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding pada 2007 iaitu seramai 175,452 calon.



"Daripada kumpulan calon cemerlang pula, tiga pelajar berjaya memperoleh gred 1A dalam semua 16 mata pelajaran yang diambil, dua memperoleh 15 1A dan enam pelajar mendapat 14 1A," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini.

Beliau berkata dua daripada pelajar yang memperoleh 16 1A itu dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan Selangor dan seorang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teong Hua, Sibu, Sarawak.

Seramai 442,936 calon menduduki SPM 2008 berbanding 439,255 calon pada 2007, manakala bagi calon istimewa pula, seramai 435 calon menduduki peperiksaan ituberbanding 355 calon pada tahun sebelumnya.

Di kalangan pelajar istimewa, calon rabun penglihatan, Mohd Shafiq Sahdondari Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor memperoleh 12 A manakala pelajar cacat pendengaran Aghilan Narayanan dari SMK Jalan Bukit, Kajang Selangor memperoleh 11 A.

Alimuddin berkata pencapaian daripada aspek mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan manakala Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menunjukkan sedikit penurunan.

Beliau berkata seramai 60,902 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil dan seramai 2,589 calon gagal atau mendapat gred 9G.

Bagi calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119, seramai 182,270 calon berjaya dianugerahkan Cambridge Assessment (CA) dan daripadajumlah itu 12,645 memperoleh gred 1A atau 2A dan 87,383 calon memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C.

Calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula seramai 87,355 dan seramai 30,046 berjaya mendapat sijil London Chambers of Commerce andIndustry (LCCI).

Seramai 20,347 calon juga layak mendapat pengecualian menduduki kertas Certified Accounting Technicial One (CAT 1) daripada The Association ofChartered Certified Accountants (ACCA) England. - Bernama

Read More......

JASAD KITA BANGKAI? CUBA KENALI DIRI KITA DULU….

Diri manusia terdiri dari empat unsur iaitu…
JASAD LAHIR,
AKAL,
ROH @ HATI
NAFSU.

1.JASAD LAHIR -
Tiada banyak bezanya secara fizikal atau secara
sainsnya dengan jasad2 makhluk lain di alam haiwan.
Manusia juga perlu makanan, air, oksigen,
juga mengeluarkan
sisa2 buangan sebagai sampingan.
Fizikal manusia
mempunyai fitrah2 asasi lain seperti berkelamin dan
berkeluarga/berkomuniti -saling tak tumpah seperti haiwan.
PERANAN : Bertindak. Berbuat.
Melaksana seperti yang diarahkan.

2.AKAL -
‘Ciptaan’ Allah SWT yg terbatas kemampuannya.
Pengurniaan kemampuan akal ini berbeza2 antara individu.
Manusia menilai akal mengikut skala2 ukuran ciptaan mereka
yg boleh dikira contohnya IQ.
AKAL yg terbatas itu adalah kurniaan Allah SWT yg
membezakan antara manusia dan haiwan.
Dengan akal, manusia mampu menguasai bahasa
dan menakluk dunia.
Manusia tidak berupaya menjadikan akalnya perkasa
melebihi had yang dikurniakan dan diizinkan oleh Allah
SWT kepada seseorang individu itu.
Sehingga ini skala IQ yg dicipta Barat maksimumnya
hanyalah setakat +_200.
PERANAN : Menerima ilmu dan maklumat.
Samada maklumat itu betul atau tidak, bermanfaat
atau tidak, informasi2 itu hanya dikumpulkan sahaja.
Salah satu kelemahan akal itu adalah LUPA.
Jangan lupa, maksud asal perkataan ‘insan’ atau ‘manusia’
adalah LUPA ie dalam bahasa Arabnya ‘nasia’.

3. NAFSU - juga ciptaan Allah.
Nafsu jika tidak dididik dengan hikmah akan liar.
Nafsu adalah ‘the bad force’ dalam diri jika tidak
dikekang dan dijinakkan.
Manusia yang menjadikan nafsu sebagai raja dalam
dirinya adalah sejelek2 manusia di sisi Tuhan.
Syaitan yg merupakan musuh manusia akan masuk
dan menghasut manusia melalui nafsu yg tidak terkawal.
Sifat mazmumah akan dijadikan pintu masuk syaitan
untuk menguasai Ruh manusia. Dengan kata lain,
NAFSU adalah highway bagi syaitan utk menakluk
manusia.
PERANAN : Merangsang dan berkehendak.
Samada kehendak baik atau buruk, halal atau haram,
positif atau negatif.

4. RUH @ HATI - adalah berasal dari Allah SWT.
Ruh mampu menelusuri hal2 ghaib dan menjadi tempat
rebutan untuk diisi wadahnya samada oleh malaikat atau syaitan.
Manusia dinilai oleh Allah pada hatinya.
Pada orang mukmin, Ruh ini boleh menjadi tempat jatuhnya ilham2
dan rasa2 hati. Dari ruhlah datang ketenangan,
Hati manusia tidak dapat diukur dengan skala akal ie IQ dsb.
Orang yg hatinya tawadhuk @ takbur boleh jadi IQnya tinggi @ rendah.
Hati manusia menjadi tempat pandangan Allah SWT.
PERANAN : Semata2 MERASA. Rasa2 itu bagai gelombang yang datang dari
akal, dari fizikal, yang datang dari tindakan nafsu.
Dari keempat2 unsur ini, unsur Roh/ Hati itu ibarat Raja dalam kerajaan diri
manusia.
Apabila Ruh kita berperanan untuk berfikir,
bertafakur,menimbang-nimbang, menimba dan menyimpan ilmu, semasa itu
Ruh kita dipengaruhi AKAL
Apabila Ruh kita berperanan untuk mengajak dan mendorong kita untuk
berbuat dan melakukan sesuatu samada perkara jahat atau baik, samada
perkara ibadat mahupun maksiat, ketika itu Ruh kita dipengaruhi NAFSU.
Ruh gelombang perasaannya dapat merasa sedih, gembira, gementar, takut,
cinta, gerun, rasa hebat, rasa kagum dsb juga dipengaruhi 3 unsur
tadi.
Jika 3 unsur2 lain itu ie akal/fizikal/nafsu itu baik, maka baiklah hati.
& ia akan membangunkan jiwa2 yang baik…
Begitulah sebaliknya..
Untuk menghayati sembahyang, maka haruslah diaplikasikan sepenuhnya
empat unsur2 ini untuk mendapatkan kesan sembahyang itu. ..
HADIRKAN ROHMU….HADIRKAN HATIMU…

Read More......

PELIK TAPI BENAR...

Kejadian yang berlaku di USIM,, yang tertanya-tanya oleh diri sendiri, pemandu bas dan pelajar lain,, mengapa pelajar yang mana kelas pukul 8, tetapi turun untuk mengambil bas juga pukul 8. Bila mana di tanya oleh pensyarah, “kenapa lambat?” di jawabnya bas tidak ada.. Padahal bas sebelum pukul 8, banyak sangat.. manakala bas ada di setiap kolej kediaman pada pukul 8 akan jalan 15 minit selepasnya..

Pelajar yang di temui Asiah Abas berkata, di hatinya memang nak sangat turun awal, TETAPI ada saja masalah dengan diri, contohnya, pakai tudung tidak jadi, sakit perut, dan banyak lagi… TETAPI bila mana masa pensyarah yang garang, contohnya dengan ust. Hamadallah, tidak terjadi pula benda sebegini, tudung tidak jadi pun tidak hirau lagi, yang penting, dapat masuk kuliah…

Terdengar juga rungutan dari pemandu bas.. “kenapalah korang semua ni? Kelas jam 8, pukul 8 juga kamu turun mengambil bas”? lepas tu nak salahkan pemandu bas pulak…

Ada juga pelajar yang berpendapat bahawa pensyarah pun masuk lewat juga,, tetapi aku pernah dengar pensyarah bagitau bahawa dia masuk lewat sikit, untuk memberi peluang pelajar-pelajar bersedia dan mengambil sarapan terlebih dahulu,, betul juga kata pensyarah ni,, tapi, ginilah tabiat dan ragam pelajar USIM..

Terdapat segelintir pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri juga datang lewat ke kuliah.. kenapa pula?? Seorang pelajar yang ditemui, yang mempunyai kenderaan sendiri menjawab persoalan ini dengan mengatakan,, “ saya bangun lewat sikit dari yang lain kerana memberi peluang kepada kawan-kawan yang menggunakan bas untuk mandi dulu.. lagipun saya tunggang motosikal kejap je..” begitulah jawab seorang pelajar..

Jadi, fenomena ini salah siapa?? Tepuk dada, tanya hati.. kepada pelajar-pelajar yang suka mengamalkan sikap ini,, insaflah diri…

Read More......

SESAAT DI DUNIA...

Kenapa kini kita manusia terkejar-kejarkan dunia hingga terabai agama?Adakah kita lupa?
Memang diakui dunia itu masih dalam keperluan kita...Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri masih mengisi keperluan dunianya tetapi tidak sampai mengabaikan akhirat. Masih ada satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat yang Allah janjikan balasannya, amatlah indah jika cukup amalan kita. Pernah saya terbaca, jika kita memasukkan kehebatan dunia maka tercabutlah kehebatan Allah dari hati kita. Astaghfirullahalazim.
Bukanlah bertujuan untuk meminta kita terus meninggalkan segala urusan dunia tetapi wajar kita iringi urusan dunia itu dengan urusan akhirat. Kita perlu mengadaptasikan agama itu dalam kehidupan. Kita tidak dapat memisahkan kedua-duanya jika kita mahu keselamatan di akhirat kelak.

Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah mereka,para sahabat dalam menyampaikan agama?


Tetapi bagaimana pula jika didengarkan lagu-lagu yang syahdu?
Putus cinta?
Jatuh cinta?
Pasti terbuai-buai hati kita terasa seperti lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.
Bagaimana kita terleka dari mengingati mati?
Bagaimana kita terleka dari mengingati akhirat?
Bagaimana kita boleh meletakkan dunia itu matlamat pertama?
Jawapannya,muhasabah diri kita kembali...

Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah?
Adakah kita sering menceritakan kebesaran Allah?
Hati itu memerlukan makanan rohani. Apakah makanan rohani kita?
Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan,contohnya membaca Al Quran. Al Quran itu ibarat setitis air yang apabila dititiskan dari hari ke hari ke atas batu maka berlubanglah ia. Begitu jua Al Quran, jika dibaca sentiasa maka, akan mendapat nur hati kita dengan izin Allah.
Kadangkala, apabila kita berkumpul bercerita tentang kebesaran Allah,bukan saja tujuan kita untuk menyampaikan tetapi jua memberi peringatan kepada diri sendiri.Syaitan akan sentiasa menggoda kita hingga ke akhir kalam.

Mengucapkan kalimah syahadah itu begitu mudah bukan? Tetapi apabila di akhir kalam, syaitan semakin kuat menggoda kita supaya lalai mengucapkan kalimah itu. Jadi, bukanlah semudah yang disangka untuk mengucapkan kalimah itu.Barangsiapa dapat mengucapkan kalimah itu di akhir kalamnya, maka wajiblah syurga baginya.
Tetapi bagaimana jika kehidupan selama ini kita biarkan nafsu dan syaitan menguasai hati dan tiba saja di akhir kalam kita mahu mengucapkannya? Mungkin terjadi dengan izin Allah tetapi segala penentu di akhir hayat kita ialah sebanyak mana amal kita dan bagaimana iman kita. Itulah segala penentu di akhirat kelak yang memang pasti muncul dalam beberapa ketika kita hidup di dunia...



Sama-samalah kita muhasabah diri,ambillah beberapa saat yang ada untuk merenung sedalam-dalamnya keadaan kita di dunia sebelum dipindahkan ke alam yang kekal abadi.
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak, dan timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang kelak...

Read More......

Bertudung atau Berfesyen?

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.




Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Sekian, wassalam.


Read More......

PALESTIN TERCINTA...

Read More......

PELIKNYA UMAT ZAMAN SEKARANG...

buat renungan sahabat seperjuanganku...


Peliknya umat sekarang…
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umat sekarang…
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umat sekarang yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umat sekarang yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?


Peliknya umat sekarang…
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk menga mbil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umat sekarang…
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umat sekarang yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umat sekarang yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.


Peliknya umat sekarang…
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umat sekarang mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun cuma 5 minit.

Peliknya umat sekarang…
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umat sekarang…
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka,
pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina
detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.

Ambik lah sedikit iktibar...

Read More......

APA ITU TAWAF HAJI...


Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya.

Tawaf haji juga dikenali sebagai tawaf ifadhah. Waktu untuk melakukan tawaf bermula dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah. Waktu afdal melakukannya pula adalah pada 10 Zulhijjah setelah melontar Jamratul Kubra dan bergunting.

Syarat-syarat Tawaf

Bagi memastikan tawaf sah jemaah dikehendaki memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat berikut adalah:

*Bermula dan berakhir dari Rukun Hajarul Aswad

*Suci daripada hadas besar dan kecil.

*Menutup aurat.

*Sentiasa mengirikan kaabah semasa tawaf

*Suci Badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.

*Tawaf mesti dilakukan dalam masjidil haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan.

*Mengerjakannya semata-mata tujuan tawaf.

*Tawaf mestilah cukup tujuh pusingan.

baca seterusnya....

Read More......

GARIS PANDUAN ISLAM...

1. GARIS PANDUAN BERSAMA KAWALAN UBAT-UBATAN DALAM ISLAM. 2. GARIS PANDUAN BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. 3. GARIS PANDUAN BAHAN PENERBITAN BERCETAK & AUDIO VISUAL BERHUBUNG DENGAN UNSUR- UNSUR YANG BERCANGGAH DENGAN AKIDAH & AMALAN SUNNAH WAL JAMAAH.

Read More......

BOLEH ANDA BACA NI???

I CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

ONLY FORWARD IF YOU CAN READ THIS

Read More......

TAK SANGKA...


Salam kawan2,, aku letih sangat hari ni,, d kepala ni nak tdo je aku fakir… aku balik dr kampus hr ni kul 7.30 petg.. turun dr bas aku singgah beli “apam balik”.. perut lapar jugak, sampai bilik, aku terus makan,, huhh, ilang lapar,,, sebelum aku mandi, rehat jap d katil betulkn belakang, hehehe.. tiba2 sahabatku “adik” gtau… kak, ade burung la kt tandas, dia masuk ikut sisip angin tandas… hah?? Burung?? Kakak suke burunggg.. nak tangkapla burung tu.. aku terus bangun dr katil n terus bergegas ke tandas,, aku tutup pitu tandas n cube tangkap burung tu,, alaaa burung ni takut.. asyik lari je,, letih aku d buatnyerr.. aku takkn putus asa! Coz dh lama aku nk tangkap burung sendiri,, aku suke tengok burung terbang coz aku rs macm bes n bebas… YES!!! Aku dapat tangkap burung tu… tp burung ni mcm takut dgn aku…aku pegang erat burung tu… lame aku pegang, aku tengok wajah burung tue macm suh lepaskn dia n aku sedar,, hidup burung adalah bebas… dengan kesempatan ini juge aku surh sahabatku “adik” tangkap gambar aku pegang burung tue… tangkas tak aku dapat tangkp burung?? hehehe

Read More......

TAK NAK LAKUKAN LAGI...


Kelmarin…Lepas saje makan tengahari aku dan sahabatku “adik” melangkahkan kaki ke perpustakaan dengan 1 tujuan nak siapkn blog yang akan d submit minggu depan... sampai saje aku kt maktabah, terus menuju ke lab yg berada d tgkt 3… berblog la aku & sahabatku “adik” di sana… dgn tak rasa ape2 jam dah menunjukkan kul 3.30 ptg,, sahabatku “adik” turun menunaikan fardhu wajib zohor wpun agak lewat.. n aku mc terus berblog dgn khusyuknya tanpe hiraukan sape2… sesudah ”adik” solat, dia kembali lg & sambung dgn blognya... kami masing-masing sibuk baiki ape yg perlu ade dlm blog utk d submit minggu dpan,,, teringat mdm adzra ckp kene ada cerita pelik d kmpus utk dptkn markah bonus.. wahhh 10 markah tue, tp aku lo made lg citer pelik…. Tanpe d sedari “adik” gtau aku nk turun solat asar… arghhh dah kol 6.30 beb…huhuhu rs masa cpt sgt berjalan,, men dgn it ni tak sedar tau,, masa pergi begitu sajer pun tak sedar... ”adik” naik lagi utk sambung manage blognyer... kejap je dia naik, turun lg utk solat maghrib,, dh dtg penyakitku migraine. Aduhh sakitnyer kpl tp mc lg mengadap it… aku & “adik” cbuk lg ngan it.. tibe2 “adik” ckp,, (kak, jom balik..) aku tgk jam, masya ALLAH! Kol 9.30 dh wei... takutnya nk g bus stop malam ni... dh la jauh... kami cepat2 bergegas turun library and bc doa perjalanan... sedang kami jalan yg teramat laju & tak seperti biasa aku jalan sambil aku pegang erat tangn ”adik” kami terdengar salakan anjing dari canselori.. takutnyerrrr... sepnjg perjalanan kami,, kami tak lepas dr bc doa... asyik kami berjalan,, tiba2 meremang bulu roma aku setiba kat bangunan it,,, huh takut dikkk,, terkejut lg kami bla terdgr salakn anjing yg kuat dan seakan menghampiri kami.. YA ALLAAAH,, ada anjing kt belakg kami... ”adik” terus gtau aku.. kak, mu jgn lari!! Nanti dia kejar lg.. aku jalan n tenagkn fikiran wpun langkahku semakin laju... maka tibalah kami d perkarangn FKP,, ALHAMDULILLAAH ade lg pelajar n kakitangan.... sampailah aku d bus stop n pulanglah aku.. hahhh rs mcm takut nk g library pd waktu malam....

Read More......

KERANA ASSIGNMENT....

he5.. krn assgmnt, aku punyai blog sendiri:-)... akhirnya aku dapat siapkn blogku wpun tdk sempurna lg juge mc byk kekurangan.. tma kc pd kwn2 yg sudi tunjuk ajar kpd insan kerdil ini,, terutama kpd sahabat karibku "adik" yg banyak membantuku,,,dan kepada kawan2 seperjuanganku yang singgah di blogku ini, komenla ape yg patut utk di perbaiki,, ape yang kurang juga dan ape yg perlu d tambah.. k syukran jaziilan :-)

Read More......

NASIHAT UNTUK BAHAGIA...

Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini,
cukuplah neraka baginya.

Read More......

apa itu persahabatan...

Persahabatan itu memang mudah untuk dilafazkan dan disebut. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan PERSAHABATAN? Pernahkah kita semua bayangkan satu persahabatan yang ikhas, jujur dan menghargai satu Persahabatan dengan penuh emosi? Dunia ini yang sentiasa berputar adalah satu fenomena yang biasa dan luar biasa sifatnya.Dimana putaran yang tepat,jitu dan tiada kecacatan menampakkan ia begitu hebat, ajaib dan berkuasa. Bukan urusan kita untuk menidakkan fakta ini. Jadi PERSAHABATAN yang sentiasa kita jalinkan,adalah umpama satu ikatan yang penuh dengan warna warna sifat amnya. Bukan untuk bermain kata , bukan niat untuk menidakkan perkara yang nyata dan hakikatnya, kita semua tak pernah menghargai nilai persahabatan yang kita telah jalinkan, usahakan bilamana ia didatangi oleh Ketegangan Emosi, Keruntuhan Jiwa, Kemerosotan Nilai dan Kebencian yang Amat dalam Tentang MANUSIA yang menjadi Insan dalam Persahabatan. Manusia itu Apa? Insan Pula Apa? dan apakah bezanya Manusia dan Insan dalam perspektif yang sama.?

Read More......

salam semua...


Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

Read More......

Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

Read More......

buat renungan semua...

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari
Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: “Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid”, “Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur’an dan mencari kebenaran”, “Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad”, “Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh.”
“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah”. “Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis. “Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!”. “Bagaimana kami melakukannya?” tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakantipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,”
Jawab sang iblis “Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA “.”Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong.” “Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.”
“Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja”. “Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah.”
“Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan”. “Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini.”
“Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya”
“Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid”. “Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari”.
“Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan”. “Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.
“Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka”
“Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala”. “Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar”. “Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga”
“Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat.” “Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan”
“Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK .” “Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.
“Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah.” “Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah).”
PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL.” “RENCANA YANG BAGUS .” Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA”. “Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta.”
“Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya”. Sekarang pertanyaan saya adalah, “APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???”
“ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!”

Wassalam ….. .

Read More......

buat renungan

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

Read More......

aSaL kAu tAhU

assalamualaikum

Read More......