aPaBiLa baDan & HaTi berbicara~~~~
Seringkali badan ku lemah memikirkannya, semangat dan kekuatan ku hanya ade padanya dan ku tahu hanya dialah kekuatan dan semangat ku di saat ini. Hati ku pula sering tak keruan dan resah memikirkannya. Hati yang keresahan , jiwa yang kegelisahan dan raga yang kehambaan...Berbicaralah mereka..........
BADAN; wahai hati, kenapa kau wujud dalam diriku?
HATI; aku dicipta olehNya supaya aku sentiasa menemanimu dan menjagamu dalam semua perkara.setiap pergerakan dan keputusan mu, aku akan membantumu untuk
membuat pilihan yang mana baik dan buruk.
BADAN; tapi kenapa kadang kala kau menyakitiku?sehingga aku tidak bermaya.
HATI; kerana kau bukan manusia sempurna.kau tidak mampu menyempurnakan dirimu sepenuhnya. kadang2 kau lemas, kadang2 kau tangkas bangkit berdiri menjulang tubuh mu...
BADAN; wahai hati... kenapa dia muncul dalam hidupku?
HATI; kerna dia ingin memberimu sedikit kenangan.simpanlah kenangan itu jauh disudut hatimu meskipun ia hebat untukmu...kepahitan??...te
BADAN; kenapa kau sanggup timbulkan satu perasaan yang akhirnya menyeksa diriku? kau kejam hati!
HATI; wahai badan, aku tidak menduga pengakhirannya begini kerna tugas ku hanyalah untuk membahagiakanmu.
BADAN; tapi tidakkah kau tahu dia sudah memiliki kekasih saat pertama pertemuan antara aku dan dia.dan kau juga tahu bahwa dia milik kekasihnya.kenapa tergamak kau membuatkan aku sayang dan cinta padanya? tidakkah kau tahu tindakan kau ini hanya akan merosakkan hubungan mereka wahai hati.sehingga akhirnya aku terseksa.
HATI; janganlah kau salahkan ku wahai badan.kau yang merapatkan dirimu dengan dirinya sehingga aku dapat bermesra dengan hatinya dan akhirnya membuat keputusan untuk menimbulkan perasaan kasih sayang antara kau dan dia.aku bersatu dengan hatinya supaya kau dapat saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain.
BADAN; kau penipu wahai hati! jika benar kau telah bersatu dengannya.kenapa aku jadi begini?aku tidak pernah menyakiti hatinya malah aku selalu membuat yang terbaik untuknya sehingga segala masalah telah ku ceritakan padanya.aku telah memberi kepercayaan padanya.aku tahu kau tahu wahai hati kerna kau berada dalam diriku.
HATI; sabarlah wahai badan.bukan niat ku untuk menipumu..hatinya telah memberi janji padaku dan akhirnya dirimu yang terseksa...aku cuba untuk menimbulkan perasaan sabar dan tenang untukmu malah aku telah sampaikan pesanan pada nalurimu.... tapi.. apakan daya,sedangkan diriku juga menjadi tak keruan...
BADAN; hurm... wahai hati..sehingga aku menangis untukmu tiap saat dan ketika dirimu mengenang nasib..wahai hati, dulu aku penah bertanya pada kau sampai bila dirimu akan terus begini? kerana kau membuatkan aku sangat terseksa.. dan kau telah menjawap"sabarlah wahai badan,ini ujian untukmu.tuhan maha adil.kau akan tahu jawapannya satu hari nanti dan bersedialah menerima jawapan itu kerna selepas itu aku akan timbulkan perasaan yang aku sendiri tidak pasti sedih atau gembira"....
HATI; aku akan sentiasa mewujudkan suatu perasaan yang terbaik untuk mu wahai badan, kerana ku tahu, segala ape tindakan aku akan memberi impak yang sangat besar untuk dirimu..janji ku pada mu adalah untuk membahagiakan kau , dan aku akan membahagiakan kau nanti.
BADAN; wahai hati,pada usia ku begini , layakkah aku menerima ujian ini.sepatutnya kini aku sedang gembira dengan seorang yang aku kasihi. sepatutnya aku melayari kehidupan yang penuh dengan kegembiraan ...tapi...hidup sering kali tidak adil..tidak adil...
HATI; janganlah kau pertikaikan ujian allah.malah bersyukurlah karna kau adalah hambanya yang terpilih untuk menyahut ujian ini.buktikan lah pada yang esa dan sekelilingmu yang kau telah berjaya menjalani ujian yang sangat menyakitkan ini.jangan lah kau tewas hanya kerana seorang perempuan yang kau amat sayang..tetapi kepastiaanya entah dimana...
BADAN; mujurlah aku mempunyai sekeping hati yang mulia sepertimu.mujurlah kau seorang yang penyabar.wahai hati, aku redha ... aku adalah orng ketiga dalam hubungan mereka,aku sanggup hadapi semua ini walaupun ku tahu jauh disudut hati aku tidak tahan menahan sedih dan sebak....aku insan yang tiada ape2 untuk dirinya...ku tahu dirinya akan bahagia kelak...bahagia dengan aku ke..atau cuma aku yang???....menanggung perasaan dan hati yang lara..aku ingin sekali bahagia bersama2 dia...
HATI;sabarlah wahai badan...sabarlah... jika kau dipihak yang benar..tuhan sentiasa di sisimu..jdikanlah kejadian ini sebagai pengajaran buatmu agar kau lebih sabar dan tabah...simpanlah kenangan ini kerna ia terlalu indah untukmu..jika tuhan mengatakan itu jodoh mu, ia tak kan kemana... suatu hari nanti aku pasti bersatu dengan hati nya..jika tertulis begitu, begitu lah jadinya...
BADAN; terima kasih hati, kau selalu mententeramkan aku ...kau amat sayang aku hati..aku juga amat sayang kan kau hati..hati, kita berusaha ye...insyaALLAH, kalau dia lah takdir utk hidup bersama ku, kau doakan ye...kau la pengubat keresahan ku selama ini..
HATI; aku sentiasa disisimu dan aku akan cuba mengubati lukaku agar kau tidak terseksa lagi.bekalkanlah aku zikir munajad dan ayat suci al-quran agar aku dilindungi daripada iblis yang hanya akan menghancurkan dirimu.sesungguhnya cinta pada allah adalah cinta yang paling agung...kenangan kau dan dia menjadiakan kau lebih matang untuk teruskan hidup..
BADAN; terima kasih wahai hati. akan ku cuba mengubah nasibku. akan ku harungi hari hari mencabar ini bersamamu......walau ku tahu diri ku masih menyayanginya, masih menyintainya dan sangat2 sayang kepada dirinya...Jika dirinya merasa sepeti yang aku rasa, kau satukan, kau dekatkan hati ku dan hatinya supaya ianya boleh bersatu menjadi satu...
HATI; aku selalu merasakan hati nya adalah hati ku, dan merasakan jiwanya adalah jiwa ku...jika bertullah perasaan ku ini, jangan kau risau badan, kerana kepastiaanya akan tiba walaupon kau terpaksa menunggu lama..bersabarla ye...